Thursday, June 17, 2010

apam tepung beras

kueh kegemaran saya....

Bahan-bahan
750g tepung gandum
250g tepung beras
5 keping gula enau
250g tapai dikisar bersama
250g nasi sejuk
1 helai daun pandan
sedikit kelapa parut putih

Cara Membuat
1) Gula enau dimasak terlebih dahulu bersama daun pandan.
2) Tepung gandum dan tepung beras diadun hingga rata dan kemudian masukkan tapai, gula enau dan nasi sejuk yang telah dikisar tadi. Gaul hingga rata. Adunan mesti tidak terlalu pekat atau cair.
3) Kemudian tuangkan adunan tadi kedalam loyang dan kukus selama 15 minit. Setelah sejuk potong persegi dan gaulkan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...