Thursday, May 13, 2010

agar-agar kelapa muda...

dalam keadaan cuaca panas, agar-agar ini mampu menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan...kalau bulan puasa memang sesuai sangatlah sebagai pemanis mulut...

2 biji kelapa muda
1/2 bungkusan agar-agar kering
1.5 L air campuran dengan air kelapa muda
gula secukupnya
food colouring (jika suka)

masak agar-agar dengan air dan gula hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya...letak isi kelapa muda dalam bekas agar-agar individu...tuangkan agar-agar yang telah di masak tadi....sejukkan dan sedia di hidang...

No comments:

Post a Comment