Friday, May 7, 2010

yong tau foo dan sotong kangkung

Saya dan keluarga pulang ke Kuala Kangsar hujung minggu lalu. Kami mengambil kesempatan untuk makan angin dan makan-makan ke pekan Taiping. Selain Mee Udang Matang atau Port Well, Taiping juga popular dengan Yong Tau Foo....lokasinya terletak di belakang Balai Bomba Taiping. Terdapat hampir sepuluh buah kedai menjual Yong Tau Foo di situ. Tapi ketika kami tiba hanya dua kedai yang telah dibuka, yang lain masih belum mula berniaga lagi. Mungkin kerana kami tiba awal, i.e waktu tengahari dan mereka pula mungkin hanya memulakan perniagaan sebelah petang atau malam. Btw, rasa yong tau foo Taiping adalah sama seperti yong tau foo yang pernah saya makan dilain tempat....biasa sahaja...

No comments:

Post a Comment