Thursday, May 6, 2010

udang goreng bersos

Bahan-bahan
1/2 kg udang bersaiz besar , bersihkan
1 biji bawang besar, potong bulat
1 biji cili merah, potong memanjang
daun sup/bawang atau ketumbar

3 ulas bawang putih, tumbuk
2 sdb cili blender
2 sdb cili sos
1 sdb kicap manis
1 sdb sos tiram
1 sdb sos ikan
garam dan gula secukupnya.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cili blender dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan udang dan kacau sebentar. masukkan lain-lain bahan. Rasa asam garamnya. Akhir sekali masukkan cili potong dan daun-daun. Hidang panas.

No comments:

Post a Comment