Sunday, May 9, 2010

sup ikan merah

Sup ikan merah yang mudah dibuat. Menyihatkan dan rendah lemak. Jika anda ingin menurunkan berat badan cubalah resepi ini. Saya menggunakan periok tanah (clay pot) kerana aromanya yang enak dan sudah pasti kelainan dari segi rasa (lebih sedap terutama jika masak kari). Clay pot banyak dijual di supermarket seperti Giant, Tesco, Carefour dan kedai-kedai runcit Cina. Banyak kegunaan clay pot dan harganya tidaklah mahal.

Bahan-bahan

1 ekor ikan merah sederhana besar
1 inci halia, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 btg kulit kayu manis, sedikit bunga lawang
1 sup bunjut
1 batang lobak merah
garam dan serbuk perasa secukupnya
serbuk lada sulah (white pepper)
daun sup
bawang goreng

cara
1) Bersihkan ikan dan dipotong kepada beberapa bahagian
2) Masukkan kedalam periok dan tambahkan air sehingga ikan terendam sepenuhnya.
3) Hidupkan api. Masukkan sup bunjut.
4) Setelah mendidih, masukkan lobak merah.
5) Tumis cili padi, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, halia dengan sedikit minyak. Setelah keperangan dan wangi tuang bahan ini kedalam periok rebusan ikan tadi dan biarkan ia terus mendidih perlahan-lahan lebihkurang sepuluh minit. Tambahkan bahan perisa, garam dan lada sulah.
6) Angkat dari api, taburkan bawang goreng dan daun sup.
7) Hidang panas dengan nasi dan sayuran.

No comments:

Post a Comment