Thursday, May 6, 2010

sup ikan bawal

Bahan-bahan
4 ekor ikan bawal putih sederhana besar
sebatang carrot
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
1 sup bunjut
tumbuk;
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji cili api
1 sdt serbuk ketumbar
1/2 sdt serbuk jintan manis dan putih
garam dan perisa secukupnya

Panaskan minyak dalam periok dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah ratus hingga kekuningan. Masukkan air secukupnya. Masukkan sup bunjut dan biarkan ia mendidih. Masukkan ikan, carrot dan serbuk jintan dan ketumbar serta bahan perisa dan garam. Rebus sehingga carrot empuk. Ketuk cili padi dan masukkan kedalam sup. Setelah masak tutup api. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Tutup periok 5 minit sebelum dihidang panas.

No comments:

Post a Comment