Wednesday, May 5, 2010

suhun stir fry

suhun stir fry Jika anda jemu makan mihun why not cuba tukar selera dengan suhun. Sebenarnya jika dibandingkan dengan mihun, suhun adalah lebih baik jika anda ingin menurunkan berat badan. Goreng seperti anda menggoreng mihun. Resepi saya untuk suhun amat mudah dan sedap;

Tumbuk bawang putih (banyak) sedikit bawang merah, udang kering, dan cili padi. Suhun direndam terlebih dahulu (terpulang kepada anda kuantiti suhun yang ingin goreng). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk (blender hingga wangi), masukkan bahan perisa seperti kiub ikan bilis. Kemudian masukkan suhun dan kacau rata. Masukkan beberapa biji telur, dan kucai yang dipotong pendek. Akhir sekali masukkan taugeh (banyak), cili merah potong, daun sup dan bawang. Tambahkan sedikit garam dan gula (terpulang bagaimana rasa yang anda suka). Jika suka anda juga boleh masukkan kicap, sos tiram atau sos lada hitam. cubalah...

No comments:

Post a Comment