Monday, May 24, 2010

sotong sumbat telur

Bahan-bahan:
10 ekor sotong besar
5 biji telur
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili blender
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 keping asam gelugor
serbuk perisa

cara:
pecahkan telur kedalam mangkuk, tambahkan garam dan sos ikan dan pukul beberapa minit. panaskan minyak dan goreng telur seperti membuat telur hancur (scramble egg).
bersihkan sotong, sumbatkan telur goreng tadi kedalam perut sotong dan sematkan pencungkil gigi dengan kemas.
tumbuk bawang dan tumiskan dengan sedikit minyak. masukkan cili blender dan goreng sebentar. masukkan sotong dan santan serta satu cawan air. masukkan serbuk perisa dan garam serta lada sulah. masukkan asam keping. tutup periok dam masak hingga sotong empuk dan kuah pekat. kacau sekali-sekala.

3 comments:

  1. assalamualaikum... :)
    wahhh... sedapnye sotong sumbat ni... jarang2 dapat cari sotong sumbat kat kedai2 makan.. kalau nak camni kena wat sendiri je..
    kreatifnye.. kebiasaannya sotong sumbat ngan pulut.. isi ikan atau isi udang.. ni 1st time saya dengar sotong sumbat ngan telur.. nak try gak ni.. mesti sedappppp sangat kan... :)

    ReplyDelete
  2. ya, sebenarnya boleh sumbat macam-macam kat dalam sotong ni. mince chicken atau mince beef pun sedap. masak dulu dengan bahan2 yang you suka hingga kering, lepas tu baru sumbat dalam sotong. then you can steam atau rebus sotong dalam kuah atau sos kegemaran.

    ReplyDelete
  3. best nie...selalunya sumbat pulut ja...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...