Wednesday, May 5, 2010

sambal ikan talapia

sambal ikan...tak kira ikan apa memang tak berapa dapat sambutan kat rumah ni....tapi dek kerana kkida suka makan sambal ni, buat jugalah...akhirnya kkida makan sorang dan share ngan bibik kat belakang tu....hehe...

Bahan-bahan
3 - 4 ekor ikan talapia, dibersihkan
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil belacan
1 sudu kecil asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat
1) Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sehingga garing. Angkat dan letakkan ikan dalam pinggan hidang.
2) Tumbuk bawang putih dan cili merah sehingga lumat. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar, belacan dan perahan air asam jawa.
3) Kacau sehingga pecah minyak dan wangi (10 minit). Jika perlu tambahkan sedikit air. Masukkan bawang besar, 2 sudu besar gula dan sedikit garam. Kacau sehingga sambal kering. Angkat dan tuangkan sambal keatas ikan. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment