Thursday, May 6, 2010

sambal ikan bilis, petai dan peria

petai sentiasa menjadi kegemaran ramai sejak dulu, kini dan selamanya....tak kira orang kampung atau orang bandar jika ada hidangan yang berasaskan petai pasti ia akan membuka selera dengan serta merta walaupun baunya agak tidak menyenangkan....dan harganya yang mahal kini....

resepi sambal diatas ni kkida tambah peria....jika suka anda boleh gantikan dengan terung, bendi, tempe, kacang panjang dan sebagainya....terpulang mengikut selera masing-masing...

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis halus
3 papan isi petai, belah
1/2 biji peria, potong kecil
1 biji bawang besar, potong bulat
3 sudu besar cili blender
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 sudu teh serbuk belacan
1/2 sudu teh asam jawa segera
garam, gula dan serbuk perisa secukupnya

panaskan minyak yang mencukupi dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Tumis bawang putih dan cili blender hingga wangi. Masukkan belacan, asam jawa dan perisa. Kacau sebentar dan masukkan bawang besar, peria dan petai. Goreng hingga empuk dan sambal sedikit kering. Masukkan ikan bilis dan kacau sebentar. Rasa lagi asam garam dan gulanya. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment