ini adalah salah satu my mum's specialty...rendang kerang....boleh dikatakan setiap kali menjelang raya, mak akan beli berkilo-kilo kerang, rebus dan kopek isinya....memang renyah membuatnya...tapi berbaloi dan something differentlah kan...:)bahan-bahan
2 kg kerang direbus dan dikupas
bahan-bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
lain-lain bahan
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bahan perisa secukup nya
daun kunyit dihiris halus
cara buatnya
1) masukkan semua bahan-bahan yg telah dikisar, pati santan, rempah kari kedalam kuali...masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit, kemudian masukkan kerang dan gaul sebentar.
2) biar sehingga rendang agak kering, kemudian masukkan pula kerisik, garam dan bahan perisa....kemudian masukkan daun kunyit...kacau sehingga rendang kering (terpulang kepada selera anda, samada suka rendang yang kering atau berkuah).
gambar rendang kerang tu memang menceritakan betapa sedapnya rendang tu..Kak Ida, nakkkkkkkkkkkkkkkkkk sikit :)
ReplyDeletesedap ni ixora...our favourite....tapi mak kkida ni memang rajin mengopek kulit kerang berkilo2 kerana nak jamu anak cucu...:) luv my mum...huhu...
ReplyDelete