Tuesday, June 8, 2010

pecel lele

Jika ke negara jiran (Indonesia) saya tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan Pecel lele. Pecel dan Lele dihidang dengan nasi panas, kicap manis dan salad seperti timun, daun salad, dan daun kemangi. Enak dimakan ketika ayam, ikan keli baru di goreng dan masih panas....mmm................

Bahan-bahan
Pecel (sambal)5 biji cili merah, belah dan dibuang bijinya
3 biji cili padi (jika suka pedas)
1 biji tomato, dipotong kecil-kecil
6 biji bawang merah, dicincang
gula dan garam secukupnya
1 sdt belacan
sedikit penyedap rasa (ajinomoto)

Lele (ikan keli)5 ekor ikan keli, dibersihkan dan potong dua
garam dan kunyit secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara Membuat
Pecel:
Semua bahan-bahan pecel diulek atau digiling (ditumbuk)
Lele:
Lumurkan garam dan kunyit dan kemudian digoreng sehingga garing dalam api sederhana. Pecel dan Lele dihidang dengan nasi panas, kicap manis dan salad seperti timun, daun salad, dan daun kemangi. Ayam goreng kampung dan bebek goreng juga sedap dicicah dengan sambal pecel. Mmmm....


Kicap Bango, kicap pekat manis yang memang terkenal di Indonesia. Selain sambal pecel, lele juga enak dicicah dengan kicap ini. Rasanya menjadi pedas dan manis, sedapnya………saya sempat beli untuk bawa balik beberapa botol. Nak beli banyak nanti berat pulak. Di KL takda, saya dah cari. Pilihan terbaik adalah kicap manis cap Kipas Udang atau Habhal.

1 comment:

  1. nasi pecel lele ade jual at alam jaya....sedap!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...