Thursday, May 6, 2010

nasi goreng biryani

all in one....kalau ada lebihan nasi biryani selepas kenduri atau memang teringin nak makan nasi biryani goreng macam ni...masak saja nasi biryani dan kemudian di goreng...sedap dan mudah...tak payah pening-pening kepala nak masak dua tiga jenis lauk....

Bahan-bahan
2 cawan beras basmati
1 paket perencah rempah beriani
500g daging dipitong kiub
1 biji cili hijau benggala, buang biji dan potong persegi
1/2 cawan biji gajus, goreng tanpa minyak
1 biji tomato, buang biji dan potong persegi
Kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang untuk menumis
2 sdb minyak sapi
1 kiub perisa daging
bawang goreng dan daun sup

Cara Membuat
1) Masak beras basmati mengikut arahan pada paket. Biar sejuk sebentar.
2) Panaskan minyak sapi, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih dan perencah rempah beriani, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan kiub perisa daging.
3) Masukkankan daging dan masak hingga daging empuk. Pastikan air benar-benar sejat.
4) Setelah daging empuk masukkan nasi, goreng sebentar kemudian masukkan lain-lain bahan. Goreng sebentar. Tambahkan garam jika perlu.
5) Taburkan bawang goreng dan daun sup sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment