Friday, May 7, 2010

mee kuah daging dan udang

Ini adalah salah satu hidangan mee kegemaran ramai (family and friends). Tetapi membuatnya agak remeh dan memerlukan masa yang panjang kerana kuah mee perlu direbus sehingga daging dan ubi empuk dan hancur. Belanja membuatnya juga tidak sedikit....dan rasanya....hmmm...sudah pasti sedap...
Bahan-bahan:
Kuah Mee:
1 kg tulang lembu (rusuk)
1 kg daging lembu, potong kiub besar
300g udang basah, besar
100g udang basah kecil (berwarna putih)
2 - 3 ketul ubi keledek
4 sudu besar cili kering kisar
1-2 labu bawang besar, dikisar
1 inci halia, di ketuk atau dikisar
1 cawan (atau lebih) serbuk kuah kacang (kuah pecal)

Lain-lain bahan:
2 bungkus mee kuning
1 ikat sawi
2 cawan taugeh
Tahu, digoreng dan potong nipis
Kueh cucur udang, potong kecil-kecil
Telur rebus, dibelah dua
Cili hijau jeruk
hirisan daun sup dan daun bawang
bawang goreng
hirisan limau nipis

Cara membuatnya:
Rebus tulang dan daging lembu dengan air yang banyak selama satu jam. Masukkan cili kisar, bawang dan halia dan rebus lagi. Basuh udang besar dan rebus (tak perlu buang kepala, kulit dan ekornya). Setelah udang masak toskan dan airnya di campurkan kedalam rebusan tulang tadi. Ketepikan udang.

Udang kecil di bersihkan (tak perlu buang kepala dan ekor), di rebus dan dikisar, kemudian di campurkan ke dalam kuah daging tadi. Masukkan ubi keledek yang dipotong kecil-kecil dan rebuslah hingga ubi hancur dan daging benar-benar empuk. Masukkan kuah kacang. Tambahkan garam, gula dan serbuk perisa. Tambahkan sedikit sos tomato jika anda suka. Jika anda sukakan kuah mee yang pekat, masukkan beberapa keping biskut cream crackers (hancurkan).

Panaskan air dalam periok hingga mendidih. Masukkan mee, sawi dan taugeh. Celur sebentar selama dua minit. Angkat dan hidangkan dalam mangkuk mee. Masukkan lain-lain bahan dan tuangkan kuah yang masih panas.

3 comments:

  1. Salam Pn,
    Terima kasih kerana brkongsi resepi d alam maya ni...utk arini sy telah mencuba resepi mee kuah daging ni cuma tanpa udang sbb fmly sy allergy tapi...superb...mmg d best. Smoga Allah mudah dan banyakkn rezki Puan lagi dgn pahala berkongsi. Sy mencuba bestnye carrot cake jgk...masih dlm oven...tapi aromanya sungguh mengancam. Tk sekali lg.

    ReplyDelete
  2. salam N,
    Alhamdulillah...seronok mendengarnya...banyak lagi resepi lain yang berbaloi membuatnya...kena cuba semua ya...:)

    ReplyDelete
  3. Salam... kuah pecal tu.. beli siap ke... or kene wat sendiri? kalau kene wat sendiri... kacang tanah digoreng dan ditumbuk je ke?

    ReplyDelete