Thursday, May 6, 2010

mee kari

Bahan-bahan
2 bungkus mee kuning
1 ikat sawi, potong kecil
3 cawan taugeh
Telur rebus
Cili merah dan cili padi, potong kecil dan rendam dalam kicap cair.
Limau nipis, hiris
Bawang goreng

Bahan kuah
1/2 ekor ayam potong kecil
1 cawan kerang rebus
Sedikit fish cake, fish ball, tahu kembung
3 sudu besar cili boh
3 sudu besar rempah kari daging
1 biji bawang besar, blender
3 biji bawang putih, tumbuk
1 inci halia tumbuk
1 tangkai daun kari
1 kiub perisa ayam
1 tin susu cair
2 tin susu air

Cara Membuat
Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili boh, rempah kari dan daun kari hingga wangi. Masukkan perisa, ayam dan sidikit air. Masak hingga ayam empuk. Masukkan lain-lain bahan kuah. Rasa garam dan gula.
Celur mi bersama sawi dan taugeh sebentar. Hidangkan mi besama kuah, telur rebus, bawang goreng dan cili potong dan limau nipis.

No comments:

Post a Comment