Saturday, June 5, 2010

mee goreng mamak

bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
1/2 cawan kerang rebus
1/2 cawan udang sederhana, buang kepala
2 biji telur, pukul sedikit
3 tangkai sawi, potong 2 inci
2 cawan taugeh, bersihkan
1 cawan kucai, potong kecil
1 biji cili merah, hiris nipis
1 keping tauhu, kiub dan goreng
2 sudu besar cili boh
1 kiub perisa
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar serbuk kacang sate atau pecal
kicap manis
garam secukup rasa
3 biji telur rebus
bawang goreng
limau kasturi
daun sup dan bawang

bahan tumbuk3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

cara membuat
1) Tumis bahan tunbuk hingga wangi. Masukkan cili boh dan kiub perisa, goreng sebentar.
2) Kemudian masukkan udang dan mee. kacau lagi. Masukkan telur, kerang, kicap dan sos tomato. Kacau lagi kemudian masukkan sawi, kucai, tauhu serbuk kacang, cili.
3) Akhir sekali masukkan taugeh. Jika kurang masin boleh tambahkan garam atau kicap masin.
4) Angkat dan letakkan kedalam mangkuk besar. Hiaskan dengan bawang goreng, telur rebus, hirisan limau kasturi, daun sup dan bawang.

No comments:

Post a Comment