Wednesday, May 5, 2010

masak lemak siput sedut dan pucuk paku

Masakan ni adalah sama macam masak lemak pucuk paku yang biasa saya buat, cuma bezanya ia dicampur dengan siput sedut. Masakan ini ibu saya yang buat. Bahan-bahannya samalah seperti menyediakan masak lemak pucuk paku iaitu, bawang merah dan cili padi (ditumbuk), serai (diketuk), asam keping dan santan pekat. Siput sedut tidaklah begitu mahal harganya dan memang sedap, tetapi nak menyediakannya yang agak lambat kerana siput tersebut kena diketuk hujung cengkerangnya dan ia mengambil masa. Kalau tak diketuk macam mana nak sedut keluar isinya. Saya memang tak rajin nak masak gulai ni, kalau mak atau mak mertua ada barulah saya beli siput ni dan mereka masak (sebab mereka memang suka makan gulai siput). Lagipun kedai makan berhampiran rumah saya setiap hari ada jual gulai siput sedut, Beli jelah..........lagi cepat...

No comments:

Post a Comment