Friday, May 7, 2010

masak lemak keladi lambuk

Bahan-bahan
2 batang (pelepah) keladi lambuk, basuh dahulu kemudian disiat kulitnya dan di potong serong dan nipis-nipis
1 cawan cendawan kering atau 3 paket kecil cendawan segar, disiat-siat
200g udang kecil putih, buang kepala dan ekornya
2 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor (keping)
1 batang serai, diketuk
10 biji cili api, di potong kecil
2 biji cili merah, buang biji dan potong kecil

dikisar;
1 biji bawang besar, 1" kunyit, 1/2" halia, 2 biji bawang putih.

Cara membuatnya
Masak 2 cawan santan dengan bahan kisar sehingga mendidih dan pekat. Masukkan serai, asam keping, cili padi, cili merah dan keladi lambuk. Masak sehingga keladi kecut. Kemudian masukkan udang dan cendawan. Kacau sebentar. Masukkan sedikit garam dan 1 sudu kecil gula. Hidang panas dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment