Wednesday, May 5, 2010

masak lemak ikan jelawat

ikan jelawat masak lemak Disekeliling ruang tamu rumah saya ada kolam ikan kecil. Terdapat beberapa jenis ikan yang boleh dimakan juga ikan hiasan. Antaranya ikan jelawat, talapia, baung dan patin. Banyak yang telah kami makan dan setengahnya sudah terlalu besar dan tua.

Kolam yang kami bina adalah sedalam satu kaki setengah ke dua kaki setengah dan amat sesuai untuk memelihara ikan air tawar. Anak-anak ikan kami beli dari Ulu Langat. Dalam masa enam bulan anak-anak ikan tersebut sudah boleh dimakan dan ada juga yang bertelur dan membiak. Sekarang jika kami teringin nak makan masak lemak cili api, pancing sahaja ikan jelawat atau baung dari kolam dan Nah! enaknya gulai lemak cili api.

Gulai lemak diatas di masak oleh mak saya. Resepinya adalah sama seperti resepi gulai lemak cili api Negeri Sembilan, cuma disini mak saya menggunakan cili merah dan cili api yang dikisar. Ketuk serai dan masukkan asam keping atau asam belimbing jika suka. Gunakan santan pekat dan lihatlah hasilnya diatas......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...