Thursday, May 6, 2010

kari sotong dengan ubi kentang

Bahan-bahan
500g sotong, dibersihkan dan potong kecil
1 paket rempah kari sotong Adabi
2 sudu besar cili boh
1 cawan santan pekat
2 biji ubi kentang, belah empat
2 biji cili hijau, belah dua
1 pelepah daun kari
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuat
1) Tumbuk bawang merah dan putih. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, daun kari sehingga wangi.
2) Masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air dan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak dan wangi.
3) Masukkan sotong dan masak sehingga sotong setengah masak. Masukkan ubi kentang dan santan dan biarkan mendidih atas api perlahan sehingga kentang empuk. Masukkan cili hijau dan bahan perisa dan sedikit air asam jawa. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

note: selain ubi kentang, anda boleh campurkan kacang panjang, tomato, carrot, terung kedalam kari sotong. terpulang kepada selera anda

No comments:

Post a Comment