Friday, May 7, 2010

ikan pekasam

atas: ikan yang telah dibuat pekasam dan bawah: ikan talapia dan jelawat yang telah dibersihkan untuk dibuat pekasam... ikan pekasam adalah makanan berasal dari pendalaman Perak. Ia menjadi kegemaran keluarga kami sejak dulu lagi. Ikan pekasam lebih kurang sama dengan ikan masin. Cuma cara pembikinannya agak berbeza sedikit. Walau bagaimanapun fungsi ikan pekasam dan ikan masin adalah sama, iaitu sebagai pembuka selera (appertiser). This is our favourite dish.

bahan-bahan
Ikan sungai seperti, ikan jelawat, lampam, tengas, talapia, baung dan sebagainya. Dicuci bersih (Buang kepala jika ikan besar).

Beras, digoreng kering dan di kisar
Air asam jawa
Cuka
Gula kabong
Garam

kuantiti bahan terpulang kepada selera anda.

cara membuatnya
Campurkan semua bahan dengan ikan yang telah dibersihkan tadi. Gaul rata dan simpan dalam bekas yang bertutup dan di dalam peti sejuk untuk beberapa minggu.

Goreng ikan pekasam dengan bawang besar di hiris halus, cili kering atau cili padi. Saya suka hancurkan ikan sehingga berserbuk dan di goreng garing. Memang sedap di makan panas-panas dengan nasi, ulam rebus dan sambal belacan.

2 comments:

  1. boleh cuba nie....memang minat sangat dgn perkasam nie..selalu beli ja..tak tau nak buat...

    ReplyDelete
  2. Nak try la resepi ni....nk tnya...ikan pekasam ni mesti simpan dlm peti ke???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...