Sunday, May 9, 2010

gulai tempoyak perak

mak saya suka masak gulai tempoyak....sebab dia memang orang Perak jati...dan gulai tempoyak mak saya menjadi kegemaran anak-anak dan cucu-cucunya hingga kini. Setiap kali musim durian di kampung pasti mak saya akan buat tempoyak dan bawa ke KL....bukannya apa, sebab dia tahu kat KL ni susah nak dapat tempoyak baru dan mahal pula.....memang terliur kalau ingatkan tempoyak mak....

Bahan-bahan
1 ekor ikan senangin sederhana besar (anggaran 500g)
3 sdb tempoyak
1 biji bawang besar
3 biji cili merah
3 biji cili padi (optional)
kunyit hidup
1 batang serai, diketuk
3 cawan air (kalau nak kuah banyak lebihkan air)

Cara Membuat
1) Ikan senagin disiang dan dipotong keping-keping
2) Blender tempoyak, bawang besar, cili merah, cili padi, kunyit hidup dan air.
3) Rebus bahan blender dan serai hingga mendidih. Masukkan ikan. Rasa asam dan garamnya. Renih hingga kuah pekat dan ikan masak.
4) Jika rasa kurang masam tambahkan 1 keping asam gelugor.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...