Thursday, May 6, 2010

donat

Bahan-bahan
3 sdb majerin atau butter
3 cawan tepung roti
1/4 cawan gula caster
1/2 sdt garam
1 1/2 sudu teh ragi kering
Minyak untuk menggoreng
gula halus

Cara Membuat
1) Masukkan bahan-bahan kedalam bread machine mengikut peraturan pembuat (bread machine manufacturers). Pilih butang untuk membuat doh dan biarkan mesen tersebut memproses bahan-bahan tersebut.
2) Setelah selesai keluarkan doh bahagikan kepada dua, tutup dan biarkan 10 minit.
3) Canai doh setebal 2 cm dan potong dengan acuan donat. Biarkan donat selama 45 minit. Ia akan mengembang sehingga 2 kali ganda saiz asal.
4) Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
5) Golekkan donat keatas gula halus dan hidangkan panas.

1 comment: