Thursday, May 6, 2010

chicken tomyam

Sebenarnya tiada resepi khusus untuk membuat tomyam. masing-masing punya resepi tomyam tersendiri. Cara paling senang, cepat dan mudah ialah dengan menggunakan pes tomyam yang sedia terjual dipasaraya. Ada dalam bentuk kiub, serbuk, pes dsbnya. Ini adalah resepi tomyam saya.....

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam, potong kecil
4 sudu besar serbuk tomyam knorr
2 cm lengkuas dan halia, diketuk
1 batang serai, diketuk
10 biji cili padi, di pecahkan (crushed)
1 ketul cube perisa ayam
1 batang lobak merah, potong tebal dan serong
1 mangkuk kecil bunga kubis
1 mangkuk kecil kubis cincang
2 biji tomato, belah empat
daun limau purut
1 batang daun ketumbar, potong 2 inci
garam dan gula secukupnya

Cara membuat
1) Rebus ayam hingga separuh masak dengan lengkuas, halia, serai dan serbuk tomyam knorr.
2) Masukkan lobak merah, kacau sebentar kemudian masukkan bunga kubis, kubis dan akhir sekali tomato dan daun limau.
3) Biarkan sup tomyam mendidih. Tambahkan perisa jika perlu. Taburkan daun ketumbar dan hidang panas.

Nota: Anda boleh gantikan ayam dengan daging atau makanan laut seperti udang, sotong, isi ikan. Sayuran juga boleh digantikan dengan lain-lain sayuran kegemaran anda seperti cendawan butang, salad, timun cina dan lain-lain. Sup tomyam enak dimakan dengan, kueh teow, meehoon, nasi putih atau dihirup begitu sahaja, Ia adalah hidangan rendah kalori dan sesuai untuk mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.

No comments:

Post a Comment