Saturday, May 29, 2010

chinese egg roll

petang semalam saya cuba buat chinese egg roll...kerana tiada ori egg roll skin, saya menggunakan rice paper skin yang saya beli dari Vietnam dulu....intinya menggunakan sayur kobis, carrot, cendawan kering hitam, isi ayam, dan suun...
bahan-bahan atas ni di tumis menggunakan sikit minyak...tumis dulu bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat, setelah wangi masukkan cendawan yang telah di rendam dan dipotong kecil...bila cendawan dah agak lembut masukkan kubis dan carot yang telah dipotong halus dan isi ayam (saya menggunakan ready-made grill chicken. ambil isinya sahaja)...campurkan bahan perisa, kicap cair, garam dan gula.
letakkan sedikit inti dan sedikit suun yang telah direndam hingga lembut....dan gulung kemas....
saya cuba goreng rice roll ini seperti resepi asal....walau bagaimanapun saya dapati rice skin memang tidak sesuai untuk di goreng seperti egg roll skin...ia 'makan' minyak...akhirnya kami makan tanpa digoreng dan rasanya tetap sedap dan lebih penting, healthy...
photo atas: inilah rupanya chinese egg roll yang sebenarnya....menggunakan original egg roll skin...macam popiah goreng...

No comments:

Post a Comment