Saturday, May 1, 2010

cheddar cheese sandwich

terdapat beberapa jenis keju/cheese cheddar di pasaran. Saya menggemari cheese jenis ini kerana ia lebih sesuai dan sedap untuk roti sandwich yang perlu di grill. Anda boleh grill sandwich dalam oven, panini sandwich maker, sandwich maker, gas atau electric stove menggunakan kuali grill atau toaster biasa.

Untuk roti pula, terdapat berbagai jenis roti buku di supermarket atau kedai kek. Pilih roti yang sesuai dengan selera keluarga anda. Untuk resepi diatas saya menggunakan bahan-bahan berikut:-

1 buku roti (country bread loaf)
cheese cheddar kuning
daging sandwich
mayonnaise
yellow mustard
salad
tomato
pickle
butter


Cara membuatnya;Potong roti setebal 1 cm. Sapukan dengan mayonnaise, mustard. Letakkan sekeping cheese, daging sandwich, salad, pickle dan tomato. Sapu bahagian luar roti dengan mentega. Panaskan kuali grill. Grill sandwich sehingga garing dan cheese mula cair. Potong serong roti dan hidang ketika masih panas.

No comments:

Post a Comment