Friday, May 7, 2010

bergedel daging

bergedel, boleh dimakan macam tu saja, campur dalam sup atau soto....jika kentang di goreng ia lebih kering dan mudah untuk di gentel bulat-bulat berbanding kentang yang di rebus....

Bahan-bahan
6 biji kentang besar, buang kulit dan potong setebal 1/2 inci 1 cawan daging kisar (isi ayam, lembu atau kambing)
1 biji cili merah, belah buang biji dan hiris halus,
1 batang daun sup, hiris halus
serbuk lada putih, garam, gula
1 biji telur
1/4 cawan bawang goreng

minyak untuk menggoreng
1 biji telur, tambahan

Cara Membuat
1) Goreng kentang dalam minyak yang banyak sehingga separuh masak, kemudian ditumbuk hancur
2) Campurkan daging kisar, cili merah, bawang goreng, daun sup, lada putih, garam dan gula dan satu biji telur, gaul sebati. Jika adunan terlalu lembut campurkan sedikit tepung. Bentukkan menjadi bulat dan tekan sedikit supaya leper
3) Panaskan minyak dan goreng begedil dicelupkan ke dalam telur

1 comment: