Friday, May 7, 2010

ayam masak tomato

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam, potong kecil
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili blender
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 biji bawang besar, potong bulat
cili hijau dan daun sup/bawang
tomato, potong wedges

Gaul ayam dengan sedikit garam dan goreng hingga separuh masak. Ketepikan.
Tumbuk bawang putih, merah dan halia sehingga hancur. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan cili blender dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan semua sos. Kacau 5 minit. Masukkan bawang besar, cili hijau, tomato dan kacau. Tambahkan garam dan perisa jika perlu. Hidang panas.

2 comments:

  1. sedaaaaaaaaaaaaap!!!!!!!!!!..

    ReplyDelete
  2. sedap nani, dah cuba ke belum...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...