Saturday, May 29, 2010

agar-agar serikaya

Jika anda boleh membaca tulisan jawi, why not cuba resepi ini dari buku resepi lama saya. Ada banyak resepi yang sedap belaka dan Insyaallah nanti saya cuba postkan lagi resepi-resepi dari buku tersebut.

Bahan-bahan:
2 tahil agar-agar
3 butir telur ayam
2 kati gula pasir
10 helai daun pandan wangi
10 helai daun serai wangi
1 biji kelapa yang cukup tua
sedikit pencelup kuning
1 acuan atau mangkuk agar-agar

Cara membuatnya:
1) Rendam agar-agar selama 3 jam sebelum digunakan.
2) Bersihkan agar-agar sebelum direbus dengan menggunakan air sebanyak 4 gayung.
3) Parut kelapa dan perah santan dengan tidak memakai air walau sedikitpun.
4) Bila agar-agar itu sudah mendidih masukkan kedalamnya 2/3 daripada gula tadi. Masak agar-agar itu diatas api perlahan-lahan.
5) Pecah telur dan pukul dengan gula yang tinggal tadi.
6) Masukkan telur yang sudah kembang ini kedalam agar-agar yang diatas api itu dan terus dikacau. Biarkan diatas api anggaran 10 minit baru angkat dan sejukkan.

3 comments:

  1. Ya Allah klasiknya resepi ni..macam resepi mak saya..suka! Tq..

    ReplyDelete
  2. as salam.. kak menarik sungguh resepi2 lama ni ye. memang susah dah sekarang nak mencari resepi2 lama mcm ni. nasib baik akak post kan so boleh la kami mencubanya.. tqvm kak :D tp resepi yang menggunakan sukatan tahil mcm mana kita nak menyukatnye ye?

    ReplyDelete
  3. Mak oi Zu, resipi tu utk berapa org makan.
    Tadi akak nak cari utk 2-3 org makan je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...