Thursday, April 22, 2010

sausage, hashbrown, beans, eggs and tomatoes

Sausages, hashbrown, baked beans, eggs, mushroom, tomato.......top with mayonnaise, dried basil, salt and pepper. Hmm......yummy!!!!

Sarapan yang amat digemari oleh anak-anak saya, mudah dan mengenyangkan. Saya mendapat idea resepi ini ketika menonton rancangan Naked Chef (Jamie Oliver) di TV Astro channel Discovery Travel & Living. Walau bagaimanapun kandungan kalori dan lemak dalam hidangan ini agak tinggi, jadi tak boleh selalu, Sekali-sekala ok.
Caranya mudah sahaja. Panaskan grill pan (grill pan ni saya beli dari IKEA, RM160+-). Panaskan sedikit butter, mula-mula grill hashbrown, tomato, button mushroom dalam 15 minit. Masukkan sausages dan grill lagi selama 10 minit. Akhir sekali pecahkan telur dan tuangkan baked beans. Biarkan putih telur keras sedikit, taburkan daun basil kering, lada sulah, garam dan sos cili jika suka. Hidangkan panas dengan roti bakar.

1 comment:

  1. Senang ja..buh semua sekali..sedap juga...Idea yg bagus ni..terutama untuk org2 yg agak2 malas mcm sue ni..heee

    ReplyDelete