Tuesday, April 6, 2010

sambal tomat

asal sambal ni dari jawa dan kkida mula pandai makan sambal ni semenjak menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia sejak 1995 lagi...sambal tomat berlainan dengan sambal belacan biasa kerana ia digoreng dan tidak menggunakan asam jawa...boleh gunakan resepi ini untuk lain-lain masakan ringkas seperti nasi goreng, sambal ayam, daging, atau seafood dan sebagainya...

bahan-bahan
10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 biji tomato
1 biji bawang merah, hiris nipis
belacan, sebesar ibu jari
garam, gula, msg

cara membuatnya
panaskan sedikit minyak, masukkan hirisan bawang dan goreng sebentar (jangan garing). Sementara itu tumbuk lain-lain bahan seperti menumbuk sambal belacan. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali (yang ada bawang tadi) dan terus menggoreng semua bahan sehingga menaikan aroma dan sedikit garing....rasanya haruslah pedas manis....sedaaap...

No comments:

Post a Comment