Thursday, April 22, 2010

sambal telur rebus

sambal yang paling disenangi dek anak-anak kkida...terutama aiman dan atmam....kalau ada sambal ni dah cukup...lauk lain tak yah dah...:)

Bahan-bahan
4 biji telur rebus
3 sudu besar cili boh
1 sudu kecil belacan
2 sudu besar air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat dan tebal
3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah, tumbuk
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat
1) Kupas telur dan letakkan dalam mangkuk
panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
2) Masukkan cili boh, belacan dan air asam jawa
goreng hingga wangi dan pecah minyak, tambahkan air jika perlu.
3) Masukkan bawang besar, garam dan gula goreng hingga kering
tuang sambal atas telur dan sedia untuk dihidng.

No comments:

Post a Comment