Sunday, April 11, 2010

sambal nasi lemak

sebut saja nak makan apa untuk sarapan, pasti terbayangkan nasi lemak....ada pelbagai cara orang masak nasi lemak dan masing-masing dengan resepi tersendiri....mak kkida dan mak mertua mempunyai cara resepi tersendiri dalam menyediakan nasi lemak ni....mak kkida suka tambahkan sedikit lada hitam manakala mak mertua pula lebih suka letak sedikit jintan dan halba....

btw, kedua-duanya pun sedap....tapi, yang membuatkan nasi lemak benar-benar menyelerakan adalah sambalnya....kalau takat nasi saja yang wangi dan enak tetapi sambalnya tak cukup perisa, pasti nasi lemak tersebut dikategorikan sebagai tak sedap....bagi kkida, my dh adalah guideline untuk menentukan samada sesuatu hidangan itu sedap atau tidak....kalau dia kata sedap, ertinya sedaplah, dan pasti dia akan berulangkali menyebut (recall) masakan tersebut.

contohnya seperti sambal nasi lemak mak kkida....setiap kali makan nasi lemak, pasti my dh akan teringat sambal nasi lemak mak kkida "sambal nasi lemak mak sedap...kalau meniaga nasi lemak pasti ramai pelanggan."

memang sambal mak kkida sedap....bukan nak memuji lebih-lebih, tetapi baik saudara atau rakan-rakan yang pernah rasa pasti cakap sedap... Resepi sambal nasi lemak ibu saya;
kisar semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering (rebus dulu) dengan sedikit air...panaskan minyak (banyak) dan tumis bahan blender hingga wangi dan biarkan mendidih sebentar dan kemudian masukkan sedikit belacan dan air asam jawa...masak dengan api perlahan...apabila tumisan benar-benar garing masukkan sedikit ikan bilis yang telah ditumbuk (jangan terlalu hancur) dan kacau sebentar...masukkan gula (sambal yang sedap rasanya manis dan tidak terlalu pedas) dan garam (secukup rasa).

hidangkan dengan nasi lemak panas....

No comments:

Post a Comment