Thursday, April 22, 2010

sambal kelapa

bahan-bahan
2 biji cili merah
2 biji cili padi (jika suka)
segenggam udang kering
1/2 bawang besar bersaiz kecil
asam jawa atau asam limau kasturi
kelapa parut muda
garam dan gula

cara membuatnya
1) rendam udang kering dengan air panas dan cuci bersih, tumbuk cili dengan udang kering hingga hancur.
2) masukkan bawang dan perisa dan tumbuk hingga lumat. Masukkan kelapa dalam 1/2 cawan dan tumbuk hingga sebati.
3) Perah asam limau atau asam jawa.
4) makan sambal kelapa dengan ulam-ulaman mentah....seperti pegaga, ulam raja, kacang botor, pucuk kadok, jering, pujus gajus, kacang panjang, daun selom, pucuk putat...sedapppp...

No comments:

Post a Comment