Tuesday, April 20, 2010

pizza bread

Bahan-bahan
3 1/2 cawan tepung
1 1/2 cawan air
2 1/4 sudu teh ragi kering
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak zaitun
1 1/2 sudu teh italian seasoning (optional)

Cara membuat
1) Dalam mangkuk besar rendamkan ragi dengan gula. Biar 10 minit.
2) Kacau garam, minyak dan italian seasoning dan campuran ragi. Masukkan 2 1/2 cawan tepung. Uli hingga menjadi seketul doh.
3) Keluarkan dari mangkuk dan terus menguli dengan menggunakan 1 cawan tepung lagi sehingga doh tidak lagi melekat.
4) Anda juga boleh tambahkan sedikit minyak zaitun. Rehatkan doh dalam mangkuk besar dan tutup dengan kain.
5) Biarkan ia mengembang selama 1/2 jam. Keluarkan dan canai mengikut kesukaan anda.
6) Letakkan dalam dulang pizza yang telah di taburkan dengan sedikit corn meal atau tepung.
7) Bakar dalam oven selama 10 minit pada pada 180C. Keluarkan dan tambahkan topping kegemaran anda.
Bakar pizza pada 180 C selama 20 minit atau sehingga keju kekuningan. Hidang pizza panas-panas.

3 comments:

  1. alahaiiiii...semuanya sedap buat kecur air liur je...bestlah kat sini..yumyummmm...

    ReplyDelete
  2. pizza nih menggoda selera betui....

    ReplyDelete
  3. kalau x ada teh ragi kering,boleh tukar dengan ape?

    ReplyDelete