Thursday, April 22, 2010

petola rebus

Petola sentiasa menjadi pilihan saya kerana ia mudah dimasak dan sedap dicicah dengan sambal belacan. Jika tidak mahu menggunakan minyak petola juga boleh direbus dengan semua bahan. ia lebih menyihatkan.

Bahan-bahan
1 batang petola
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 sdb udang kering, tumbuk kasar

Bersihkan kulit petola, potong serong setebal setengah inci. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan hirisan bawang, cili dan udang kering. Masukkan 2 cawan air dan petola. Tambahkan garam dan perisa dan biar mendidih sehingga petola lembut. Hidang panas.

No comments:

Post a Comment