Wednesday, April 28, 2010

nasi mentega

Nasi ini berbau wangi dan sedap......

Bahan-bahan

2 cawan beras, cuci bersih
3 cawan air
4 sudu besar mentega
1 biji bawang besar, dicincang
secubit garam
3 kuntum bunga cengkih
1.5cm kulit kayu manis
1/4 cawan kismis

Cara membuatnya
1) Panaskan mentega dan tumis bawang hingga kuning.
2) Masukkan beras dan kacau kira-kira tiga minit.
3) Pindahkan beras ke dalam periok elektrik dan masukkan air. Masak sehingga kering.
4) Bila nasi telah kering masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan kismis.
5) Hidangkan dengan lauk pauk seperti kari dan rendang.

No comments:

Post a Comment