Friday, April 23, 2010

nasi beriani bersantan

Nasi yang sedap bermula dari bahan-bahan yang juga fresh dan berkualiti. Guna beras basmati yang sebenar dan perencah yang terbaik. Saya suka masak beriani yang dicampurkan sekali lauk-pauknya. Mudah dan cepat dan yang pasti ia ada sedikit kelainan dan anak-anak pasti suka...

Idea menggunakan santan dalam nasi beriani ni saya dapat dari pembantu rumah saya yang pernah bekerja dengan majikan India....rasanya lain sikit berbanding menggunakan susu cair kerana ia lebih lemak dan berminyak...

Bahan-bahan2 cawan beras basmati
1/2 cawan kacang dhall (rebus separuh masak)
2 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
garam dan serbuk perisa ayam

6 bahagian ayam
4-5 sudu besar rempah beriani
3 sdb cili kisar
garam, gula dan lada putih secukup rasa
1 sdb air limau nipis
2 cm halia, tumbuk lumat
1 biji bawang besar, slice
campur semua bahan, gaul rata dan biar 1/2 jam.

1) Panaskan 4 sudu besar minyak sapi dan tumiskan 1 batang kulit kulit kayu manis, bunga cenkih, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi, masukkan 1/2 biji bawang besar cincang. Basuh beras, toskan dan masukkan kedalam kuali bersama kacang dhall dan goreng sebentar (3-5 minit) masukkan garam dan serbuk perisa. 2) Susun ayam dalam rice cooker, tuang beras basmati (yang digoreng tadi) keatas ayam. Masukkan santan dan air dan masak sehingga kering (seperti masak nasi biasa).
3) Setelah kering, masukkan sayuran (carrot, cucumber, broccoli, couliflower, tomato, cili merah/hijau dan lain-lain dan juga kismis, biji gajus, daun sup/daun ketumbar). Tutup periok dan biarkan benar-benar kering baru masukkan bawang goreng.

Hidangkan bersama jelatah, acar timun carrot, air asam dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment