Sunday, April 25, 2010

mee kuah udang kepal

Teringat ketika zaman persekolahan saya suka singgah di bandar Kelang dan makan mee bandung di sebuah gerai yang terletak dibahagian bawah Emporium Makan...Saya dapat rasakan pakcik yang masak mi tersebut menggunakan udang kepal/geragau kerana udang tersebut punya rasa dan aroma yang tersendiri. Hingga kini pakcik tersebut masih berniaga disitu dan sekali-sekala jika ke Kelang saya tak lupa singgah di warung pakcik tersebut. Resepi mee ini saya ilhamkan dari mee yang pakcik yang sedap itu dan saya rasa saya berjaya menghasilkan mee yang walaupun tak 100% sama tetapi tetap serupa...

Bahan-bahan
kisar
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia

lain2 bahan
udang besar
1 cawan udang kepal/geragau
ubi keledek cincang
1/2 cawan cili blender
1/2 cawan sos tiram
1 cawan serbuk kacang

mee kuning, celur dengan air panas
sawi, potong
cili merah potong
bawang goreng
telur

Cara membuatnya
1) Panaskan sedikit minyak dalam periok dan tumis bahan blender dan cili blender sehingga wangi. Masukkan udang kepal/geragau dan kacau sebentar. Masukkan air 5 liter dan ubi keledek dan biarkan kuah mendidih perlahan selama 15 minit. Masukkan udang besar, sos tiram, sos cili, serbuk perisa, serbuk kacang, garam dan gula. Biarkan mendidih sehingga udang masak. Tutup api.

Cara menghidang
1) Panaskan kuali kecil dengan api yang perlahan. Sendukkan 2 cawan kuah tadi dan beberapa ekor udang kedalam kuali. Masukkan sedikit sawi potong dan pecahkan sebiji telur. Renihkan api dan masak perlahan sehingga telur sedikit keras (biar kuningnya cair).
2) Letak mee ke dalam mangkuk (untuk satu hidangan) dan tuangkan kuah yang panas keatas mee. Hiaskan dengan daun bawang, cili merah dan bawang goreng. Sedap dimakan ketika masih panas.
3) Jika suka pedas anda harus tambahkan cili blender. Kuantiti kuah adalah untuk 10 hidangan atau mungkin lebih. Jika suka anda boleh tambahkan sos cili dan kicap manis.

No comments:

Post a Comment