Thursday, April 22, 2010

masak tempoyak pucuk labu dan ubi

Bahan-bahan
10 ekor udang segar
1 ikat daun pucuk labu, dihiris halus
3 helai daun kunyit, dihiris halus
2 batang serai, dihiris halus
1 ikat daun pucuk ubi, dihiris halus
½ inci kunyit hidup
1 labu bawang besar, dimayang nipis
1 genggam cili. Ditumbuk halus
2 sdb tempoyak
¼ inci halia
1 asam keping
½ cawan santan pekat dicampur ½ cawan air

Cara Membuat
Cili padi, halia, kunyit hidup ditumbuk halus. Masukkan kedalam periok dengan santan, udang, asam keeping.
Masukkan pucuk ubi, pucuk labu, daun kunyit, tempoyak, bawang dan serai.
Masukkan setengah cawan air dan dimasak atas api sederhana dan dikacau hingga pekat.
Tambah garam secukup rasa. Kalau tempoyak masam (lama) tambah gula 1 sudu kecil.
Apabila sebati dan pekat angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment