Thursday, April 22, 2010

lemon cream cheese butter cake

Resepi ini adalah dari buku yang telah banyak mengajar saya teknik-teknik membuat kek dan juga beberapa jenis makanan barat seperti pasta, salad, pie, soup dan banyak lagi. Jika anda ragu-ragu tentang buku resepi mana yang boleh dipercayai untuk mendapatkan hasil yang terbaik, terutama sekali resepi yang memerlukan sukatan seperti kek dan biskut saya sarankan anda supaya mencuba resepi dari buku ini; The Australian Women's Weekly.

Ingredients
125g packet cream cheese (krim keju)
250g butter (mentega)
2 teaspoon grated lemon rind (kulit buah lemon yang diparut halus)
1 1/2 cups castor sugar (gula kastor)
3 eggs (telur)
1 1/2 cups plain flour (tepung serbaguna)
1 cup icing sugar (gula icing)
2 teaspoons lemon juice, approximately (anggaran 2 sdk jus perahan buah lemon)

Method
Beat cream cheese, butter and lemon rind together until smooth, add sugar, beat until light and fluffy. Beat in eggs one at a time, stir in sifted flour in two batches, beat lightly until smooth. Spoon into well-greased 20cm ring or baba tin. Bake in moderate oven 30 minutes, reduced temperature to moderately slow, bake further 30 minutes. Cool in tin 10 minutes, turn onto wire rack. When cold top with lemon glaze.

[Pukul krim keju, mentega dan kulit lemon sehingga sebati, masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur sebiji-sebiji dan kacau sebati. Masukkan tepung separuh di gaul dan separuh lagi dan digaul sebati. Sendukkan kedalam acuan kek dan bakar selama 30 minit (180C). Turunkah suhu ke 160C dan bakar lagi selama 30 minit (kena agak sendiri jangkamasa untuk bakar kek ni). Sejukkan selama 10 minit baru di sapukan dengan lemon glaze]

Lemon glaze:
Stir icing sugar into bowl, beat in enough lemon juice to give a pouring consistency.

[ayak gula icing dalam mangkuk dan tuangkan jus lemon sedikit-sedikit dan kacau sehingga ia boleh dituang seperti sos (susah juga nak translate yang ni)]

Note: Anda juga boleh menggunakan resepi ini sebagai 'cup cake'. Bakar lebih kurang 40 minit pada 180C.

Kalau nak buat muffin juga boleh. Guna kertas cawan cup cake dan bakar selama 40 minit (lebih kurang) pada 180C

7 comments:

  1. Kek nie nmpk best n simple... Kalo saya buat dlm loyang besar ade effect ape2 ke? Kot2 kek x naik ke? Kalo sy gantikan dgn oren pun bleh gak kan atau biarkan kosong pun leh kan?

    ReplyDelete
  2. kek ni memang sangat sedap rodd, lebih sedap dari blueberry cheesecake...boleh masak dalam loyang biasa...bakar dalam 30 ke 40minit pada suhu 180C...lemon juice paling sedap untuk icing...cubalah...

    ReplyDelete
  3. as slm..sy dh buat..mmg sedap sgt ..n lembut..bak kata..mmg umph...x cukup la plak..kena redo again..

    ReplyDelete
  4. tepung serbaguna sama dgn tepung gandum ke tepung kek???brand apa selalu sennag nak cari utk tepung serbaguna ni..begitu juga nak tanya brand krim keju..1st time in the bakery world..thanks

    ReplyDelete
  5. Kak ida, I love ur chic lasagne.first time made it for buka puasa and my family loved it! So kalau kak ida dah tulis 'best ever',mana boleh tak buat! Esok jgk nak pegi beli bahan2..

    ReplyDelete
  6. mommy, i think you better belek resepi-resepi kek saya yang lain, kat sana mungkin boleh jumpa info yang di cari...

    ReplyDelete
  7. Zaireen,
    thank you kerana suka dgn resepi kkida...yang ni memang best everlah...kkida sendiri tak jemu makan dan pasti nak buatlah raya ni...:)

    ReplyDelete