Monday, April 19, 2010

lasagna and coleslaw

anak-anak kkida gemar makan lasagna? terdapat banyak resepi lasagna samada dari majalah, buku masakan, website, even pada kotak kepingan lasagna yang anda beli juga terdapat resepi lasagna....cara buatnya senang dan mudah...bahan-bahannya juga ikut suka selera kita...tiada sebarang rule yang perlu diikuti... 

cara kkida mudah sahaja, kkida suka menggunakan semua bahan-bahan yang tersedia atau pun bahan instant....i.e. instant lasagna sheet dan instant pasta sauce.

bahan lain ikut apa yang anda suka....daging atau ayam kisar, sausages atau jika tak ada apa-apa dalam peti sejuk kkida guna tuna atau salmon dalam tin. Mudahkan? semuanya terpulang kepada kreativiti kita untuk sedapkan masakan ini...:)

Bahan-bahan:
(kkida guna can salmon untuk resepi ini)

1 kotak kepingan lasagna (instant)
1 tin ikan tuna/salmon ditos dan hancurkan1 botol besar pasta sos(sos putih atau merah)
1 tin cendawan butang (optional)
1 biji bawang besar dicincang
1 bungkus parutan mozarella cheese
minyak zaitun,
daun basil, sos cili garam dan gula

Cara Membuat:
1) Sapukan minyak zaitun dalam bekas kaca berukuran 9" x 13". Susun kepingan lasagna, tuangkan sos pasta sehingga menutupi kepingan lasagna.
2) Taburkan garam dan gula, diikuti dengan ikan tuna, cendawan butang, bawang dan cheese. Ulangi proses ini dua kali lagi iaitu lasagna, sos pasta, ikan tuna dan cheese. Akhir sekali taburkan daun basil dan sos cili.
3) Bakar dalam oven sehingga cheese kekuningan selama lebihkurang 20 hingga 30 minit @ 180C. Hidangkan panas-panas dengan coleslaw.
4) Coleslaw - Kobis di potong halus-halus memanjang dan Carrot disagat. Masukkan dalam bekas besar.
5) Gaulkan sebati dengan mayonaise, sos thousand island, jus lemon, kismis, garam dan gula.
6) Sejukkan didalam peti sejuk selama satu jam.

1 comment: