Tuesday, April 13, 2010

kueh teow goreng

makanan ruji...dan pasti semua pun pandai goreng kueh teow...cara masing-masinglah...tiada specific rule yang perlu di ikuti...cuma kueteow ni mudah lembik dan hancur jika tak kena gayanya...oleh itu jangan guna banyak sangat bahan liquid untuk goreng kueteow...tunggu sehingga bahan tumis betul-betul kering baru masukkan kueteow...

since ada udang dalam peti sejuk....kkida pun belilah 2 bungkus kueh teow, taugeh dan kucai....ingredients yang biasa kita campur dalam kueh teow...sayur lain juga boleh dicampur dalam kueh teow jika suka seperti kubis, sawi, tahu, carrot dan sebagainya...

Resepi saya:
Bahan-bahan;
2 bungkus kueh teow
1 cawan kucai
2 cawan taugeh
1 biji cili merah, cincang
daun sup dan daun bawang
bawang goreng, jika suka

Perencah;
tumbuk,
4 biji bawang putih
3 biji bawang merah
lain-lain,
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 susu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
garam dan gula secukupnya

Tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan cili blender, kacau dan masukkan udang dan kerang, kacau sebentar kemudian masukkan semua bahan perencah yang lain dan telur. Biar sebentar dan kacau lagi. Bila telah berminyak masukkan kueh teow dan kucai. Kacau dan kemudian sekali masukkan taugeh dan cili potong. Kacau sebentar (jangan terlalu lama kerana taugehnya akan layu). Angkat dan taburkan bawang goreng, daun sup/bawang.

No comments:

Post a Comment