Thursday, April 22, 2010

karipap

Karipap yang enak bergantung kepada kulitnya yang crispy dan intinya yang sedap. Karipap memang kegemaran ramai, terutama kalau makan panas-panas dan baru digoreng. Sekarang ni kalau teringin nak makan apa-apa semua ada dijual. Cuma kena pandai memilih yang mana sedap yang mana tidak.

Doh karipap ada pelbagai jenis. Anda boleh mendapatkan doh segera yang banyak dijual dipasaraya ataupun jika rajin buatlah sendiri. Menyediakan doh tidaklah susah dan tidak mengambil masa yang lama. Menyediakan karipap pada keseluruhannya yang mengambil masa lama, terutama untuk menyatukan inti dan doh sebelum di goreng.

resepi doh karipap 1
½ kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan)
Air garam (suam)

resepi doh karipap 2
500g tepung gandum - diayak
½ sudu besar garam
95g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air

resepi doh karipap 3
375g tepung gamdum
sedikit garam
185g marjerin
1/2 cawan air

cara membuatnya
Campurkan bahan kering dan marjerin/mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh dan uli sebentar. Canai doh dan terapkan dengan acuan bulat. Isikan inti dan kelim karipap. Goreng dalam minyak yang banyak.

No comments:

Post a Comment