Monday, June 14, 2010

cucur udang berjagung

Ramai yang cakap cucuq udang saya sedap, betul ke? mungkin juga....tapi setiap orang punya resepi tersendiri untuk bancuhan tepung cucur udang dan ini resepi saya...

Bahan-bahan
3 cawan tepung serbaguna
1 cawan udang putih kecil
2 cawan isi jagung
1 cawan daun kucai yang telah dipotong 1 inci
2 biji bawang besar dicincang
1 biji cili merah dicincang
garam, gula dan 1/4 sdt serbuk kunyit
1/4 sdt sodium bikarbonat
air suam
minyak untuk menggoreng

Cara Membuat1) Campur semua bahan dan tuangkan air suam sedikit demi sedikit dan kacau adunan sehingga sebati dan kental (tidak terlalu cair)
2) Panaskan minyak yang banyak dan goreng cucur dengan ukuran 1 sdb sehingga kekuningan.
3) Hidang panas dengan sos bawang putih.

Note: Jika tiada udang kecil, anda boleh campurkan udang besar. Jangan dibuang kulit dan kepalanya, hanya gunting janggut udang dan ekor. Jika udang terlalu besar, potong dua atau tiga setiap ekor.

No comments:

Post a Comment