Saturday, April 17, 2010

chakui, kundas

Cucur kembung atau cakui. Asalnya makanan orang tionghua. Tapi sekarang orang melayu pun dah 'terror' but cakui. Cakui yang sedap, selalunya bila digoreng akan mengelembung dan kosong ditengahnya. Sesetengah cakui agak tebal isinya seperti roti. Bukan semua cakui yang dijual sedap. Buat masa ni saya amat menggemari cakui yang dijual di Pasar Minggu pekan Kuala Kangsar.

Sosnya juga ada dua jenis, sos kacang dan kaya. Kalau suka manis cicahlah dengan kaya begitu juga sebaliknya.
Saya masih tercari-cari lagi cakui yang sedap sekitar P.J, Damansara dan TTDI. Hingga sekarang belum jumpa lagi. Any idea kat mana boleh dapat cakui yang best area ni?

Resepi Kueh Cakui400gm tepung gandum
4gm yis segera
1/2 sdb shortening
1 sdb marjerin
1 biji telur
1 sdb susu pekat/ gula
secubit garam
1 1/2 cawan air

Cara membuatnya
Cairkan marjerin, sejukkan, masukkan telur dan kacau sebati. Larutkan yis dalam air dengan 1 sdt gula dan biar kembang. Satukan tepung dengan garam, shortening dan susu. Gaul sebati, kemudian masukkan campuran telur dan marjerin dan masukkan yis dan air. Kacau sebati dan perap lebihkurang 3-4 jam. Bentukkan dan goreng dlm minyak panas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...