Monday, April 19, 2010

udang mentega

Sedapnya bila udang digoreng dalam butter. Baunya wangi dan menyelerakan. Untuk resepi ini anda harus menggunakan udang yang besar. Jika perlu belah belakang udang dan bersihkan urat-urat dibahagian tersebut.

Bahan-bahan
15 ekor udang bersaiz besar
2 biji kuning telur
1/2 ketul butter
5 ulas bawang putih, tumbuk halus
garam, lada putih, fish sauce
daun sup, bawang dan cili merah.

Pukul kuning telur. Panaskan separuh dari butter dan goreng kuning telur seperti buat telur hancur. Ketepikan. Gaul udang dengan bawang putih, garam, sos ikan, sedikit gula. Panaskan separuh lagi butter dan masukkan udang dan goreng hingga masak (kering airnya). Masukkan telur tadi dan kacau. Masukkan daun bawang , daun sup serta cili merah cincang. Hidang panas.

No comments:

Post a Comment