Thursday, April 22, 2010

bubur nasi

Bahan-bahan
1 cawan beras wangi
air - banyak
halia dan serai di ketuk
1 cawan cincangan isi ayam
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan santan

Cara membuat
1) Masak nasi dengan 5 cawan air dan semua bahan diatas kecuali santan. Masak sehingga beras tidak lagi seperti nasi. Jika perlu tambah air panas mendidih.
2) Apabila nasi telah menjadi bubur masukkan 1/2 cawan santan pekat dengan sedikit air, garam dan perisa. Tambahkan lada hitam jika suka.
3) Hidangkan dengan ikan bilis halus digoreng, bawang goreng, minyak bawang goreng, kicap manis, daun sup dan bawang dan kacang tanah. Anda juga boleh makan dengan lauk-pauk lain mengikut kesukaan anda seperti telur dadar goreng, ikan masin dan sambal tumis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...