Thursday, December 30, 2010

lemon vanilla cupcakes

entah kenapa tiba-tiba terasa pulak nak makan vanilla muffin/cupcake petang ni....maka saya pun jenguk-jenguklah dalam almari dapur dan peti sejuk mencari jika ada bahan-bahan yang berkenaan...0key! nasib baik semua bahan ada...maka jadilah lemon vanilla cupcake saya...

hmm...yummy!.......saya suka cupcake yang simple macam ni....vanilla flavour with lemon zest...oleh kerana ada yang tak mahukan icing...maka selamatlah icing sugar dan butter saya...hubby dan anak-anak lebih suka yang plain sahaja....

resepi ni saya perolehi dari website...tapi sebenarnya kebanyakan resepi vanilla cupcake lebih kurang sama sahaja....

ingredients
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, room temperature
2/3 cup (130 grams) granulated white sugar
3 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract
zest of 1 large lemon (outer yellow skin)
1 1/2 cups (195 grams) all purpose flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon salt
1/4 cup (60 ml) milk

buttercream frosting: optional
2 cups (230 grams) confectioners sugar (icing or powdered sugar), sifted
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, room temperature
1 teaspoon pure vanilla extract
2 tablespoons milk or light cream
Assorted food colors (if desired)

method
Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and line 12 muffin cups with paper liners.

In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter and sugar until light and fluffy. Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Beat in the vanilla extract and lemon zest.

In a separate bowl whisk together the flour, baking powder, and salt.

With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and milk, in three additions, beginning and ending with the flour. Scrape down the sides of the bowl as needed.

Evenly fill the muffin cups with the batter and bake for about 18-20 minutes or until nicely browned and a toothpick inserted into a cupcake comes out clean. Remove from oven and place on a wire rack to cool. Once the cupcakes have completely cooled, frost with icing.

for the frosting:
In an electric mixer, or with a hand mixer, cream the butter until smooth and well blended. Add the vanilla extract. With the mixer on low speed, gradually beat in the sugar. Scrape down the sides of the bowl. Add the milk and beat on high speed until frosting is light and fluffy (about 3-4 minutes). Add a little more milk or sugar, if needed. Tint the frosting with desired food color

Makes about 12 cupcakes

sorrylah ya...saya malas sikit nak translate resepi diatas ni...kalau tak faham, kenalah tanya anak atau anak sedara yang faham bahasa inggeris...:)

Tuesday, December 28, 2010

gril chicken tortilla

salah satu cara untuk menikmati roti tortilla...
buatkan intinya dulu...saute cut vegetable...onion, zucchini, carrot, corn...etc...
spreadkan sekeping tortilla dengan cream cheese atau bean paste atau guacamole atau apa saja sapuan/lepa yang anda suka...taburkan sayur campuran yang telah dimasak tadi...taburkan isi ayam yang telah dimasak terlebih dahulu dan dicarik-carik...selain ayam boleh guna daging sandwich, burger, seafood dsbnya...
taburkan cheese mozarella, cheddar, parmesan dsbnya...
sapukan sekeping lagi roti dengan sebarang lepa/spread pilihan anda dan tangkupkan keatas inti yang telah ditaburkan tadi...bakar dalam oven 180C hingga cheese cair atau anda boleh gril atas dapur hingga kekuningan...potong kepada beberapa bahagian dan makan ketika masih panas...
anak-anak pasti suka....

Monday, December 13, 2010

sayur lemak putih kobis dan carrot

sayur lemak kubis sama caranya seperti membuat sayur lemak taugeh atau kacang buncis yang pernah saya masukkan entrinya sebelum ini...disini saya menggunakan kobis dan carrot sebagai main ingredients, perencahnya anda boleh gunakan ikan bilis, udang kering atau udang hidup. lain-lain bahan ialah bawang merah dan cili merah yang dihiris nipis.
masukkan semua bahan dalam periok tambahkan sedikit sahaja air. apabila mendidih, masukkan santan pekat sedikit. tambahkan perisa.

Sunday, December 12, 2010

bake potato with cornflakes crunch topping














Saturday, December 11, 2010

cinnamon pastry stick custard lemon sauce


cinnamon pastry stick and lemon custard sauce...simple....potong ready made puff pastry tu memanjang macam foto bawah ni, lapiskan dua....kemudian lumurkan dengan gula castor yang telah dicampur dengan cinnamon powder (kuantiti terpulang pada anda)...susun dalam baking tray dan bake for 15 minutes at 190C atau sehingga golden....makan dengan lemon custard sauce...

custard sauce ni senang sangat resepinya...masak susu uht full cream sehingga mendidih, campurkan gula....bancuhkan sedikit tepung custard dengan susu, tuang ke dalam susu panas tadi dan kacau rata hingga pekat, perah sedikit lemon juice ke dalam sos custard...
(tiada kuantiti bahan yang tertentu....kena agak sendiri jumlah bahan yang nak digunakan)...hidang panas dengan celupkan pastry stick kedalam lemon sauce custard...

Friday, December 10, 2010

puding nasi berkrim

bahan-bahan
1 cawan nasi
2 1/2 cawan susu berkrim
1/4 cawan gula castor
2 sudu besar sultanas
1 sudu kecil vanilla esen
2 sudu kecil butter
serbuk cinnamon atau nutmeg

satukan nasi dengan susu, gula, sultanas dan esen vanilla dalam bekas tahan panas yang telah di gris. dotkan dengan butter dan taburkan sedikit nutmeg atau cinnamon. bakar dalam oven pada 160C selama satu jam atau sehingga susu hampir kering. hidang panas atau sejuk dengan buah pic tin dan drizzle dengan madu atau maple syrup.

Wednesday, December 8, 2010

tomato and sausage omelette

mungkin sebab mama tak masak apa-apa hari ni sebab sibuk dengan tamu dari Surabaya yang datang bertamu ke Villa Maarof, maka Hani mengambil alih tugas memasak....tapi masak cara dialah....bukan curry, bukan spaghetti...but it's nice simple dish....omelette.....ia bukan sebarang omelette, tetapi omelette yang creamy and yummy...ada chopped tomatoes, sausage, herbs, etc...love it! esok hani buat lagi ye...for breakfast pulak... seperti biasa kalau tak tambah sos cili memang tak puas makan....yang putih tu pula mayonnaise...

Tuesday, December 7, 2010

nasi goreng, sandwich dan cucur badak

banyaklah pulak hidangan sarapan saya pagi ini (mesti ada yang komen macam tu kan!)...tapi semuanya lebih-lebihan makanan semalam je....cucur badak tu buat minum petang semalam, ada lebihnya dan pagi ni di goreng....nasi goreng pulak memang tiap-tiap pagi ada...sebab memang setiap hari ada saje nasi semalam yang berlebihan...dan itu sajalah yang si elah (maid) tu tau buat untuk breakfast....nasi goreng. Sandwich tu pulak hubby nak makan....pagi-pagi lagi dia dah bersiap nak pi sabit rumput kat padang golf kgpa...sebelum peluh keluar menitis dan menapak beratus meter di padang golof (ini bahasa Indonesia) tu...perut perlu di isi terlebih dulu, kalau tak nanti tak larat nak pukul bola....hehe...

Monday, December 6, 2010

instant roti canai, banana and cheese

roti canai segera sedap juga....kalau ada lebih kari semalam, panaskan dan masak roti instant macam ni...saya sentiasa simpan stok roti segera ni...sesak-sesak ada jugalah benda yang nak di kunyapkan pagi-pagi sejuk macam ni...:)

pagi ni saya cuba buat roti instant ni dengan cheese dan pisang yang diletak dalam roti dan dilapis dua...saya pernah makan roti cheese dan pisang macam ni di sebuah restoran mamak di batu ferringhi, pulau pinang....tetapi roti biasa dan bukan instant...memang sedap...oleh kerana saya ni tak pandai nak tebar roti canai, roti instant pun jadilah...kalau tak suka letak pisang pun ok...hanya letak cheese sahaja, mungkin campurkan bawang sikit...kemudian masukkan ke oven panas sebentar supaya cheese tersebut cair... idea untuk pelbagaikan cara makan roti canai instant... makan dengan kari pun sedap...

Sunday, December 5, 2010

sayur lemak putih kulat sisir

cendawan ni mak saudara bawa dari kampung....my hubby cakap, buat hanya lemak cendawan sahaja, tak perlu campur benda lain seperti lambuk atau buncis selain udang hidup....oklah...dan tadi saya pun buat...

basuh bersih cendawan kemudian rebus dengan bawang kecil potong, serai ketuk, cili padi tumbuk, daun kunyit dan udang (buang kulit) hingga lembut. masukkan santan pekat...oleh kerana buah asam belimbing belakang rumah saya sedang galak berbuah, maka saya pun campurkan dalam lemak cendawan i/o asam keping...tambah garam dan perisa....jadilah sayur lemak putih cendawan sisir...:)

chocolate fudge cake

fudge chocolate cake....kerana semua bahan ada....seawal jam tujuh saya dah mula memukul mentega dan gula, ayak tepung dan sebagainya...resepi ni dah lama saya perati, analisa, belek dan berangan nak membuatnya....saya suka title kek ini...fudge cake...pasti rasanya sedap, lembut dan gebu....dan memang betul, mungkin kerana kandungan sour cream dalam resepi ini membuatkan kek ini sangat yummy....kalau anda nak cuba ni dia resepinya....

ingredients/bahan
250g butter/mentega
3/4 cup/cawan caster sugar/gula kastor
2 biji telur/eggs
1 tsp/sdk vanilla
300ml sour cream/krim masam
200g chocolate, melted/cairkan
1 1/2 cups/cawan plain flour/tepung serbaguna
1/2 cup/cawan self-raising flour/tepung naik sendiri
1 tsp/sdk bicarbonate of soda

cara/method
1) preheat/panaskan oven to 170C
2) cream butter and caster sugar until light and fluffy/pukul mentega dan gula hingga kembang
3) beat in eggs one at a time/pukul telur satu persatu
4) beat in vanilla and sour cream/masukkan vanilla dan krim masam
5) stir in chocolate/masukkan coklat cair
6) fold through sifted flours and soda/masukkan tepung dan soda dan gaul rata
7) pour into lightly greased pan/tuang kedalam acuan yang telah di gris dengan mentega
8) bake for 35 to 40 minutes/bakar selama 35 to 40 minit

icing
90g chocolate, chopped
30g butter/mentega
1 cup/cawan icing sugar/gula ising
2-3 tbs/sdb milk/susu
1/2 tsp/sdk instant coffee/serbuk kopi

- melt chocolate and butter in bowl over hot water, stir in sifted icing sugar, coffee then enough milk to make spreadable.
- cairkan coklat dan mentega atas air panas, masukkan gula icing, serbuk kopi dan susu secukupnya.

Friday, December 3, 2010

puff sardin

pastry ni terlalu rapuh....saya prefer pastry 'kawan' yang saya guna untuk buat seafood puff pastry beberapa hari lalu....walaupun local product tapi ia berkualiti setanding dengan pastry yang diimpot...
sardin ni saya hanya campur bawang besar, tomato dan cili merah cincang...sedikit perisa...daun bawang dan daun ketumbar...
tekan tepi puff dengan garpu supaya melekat dan sapukan dengan kuning telur atasnya...cucuk-cucuk dengan benda tajam....bakar selama 15 ke 20 minit @ 210 degree celcius....
mencari-cari dalam peti sejuk, apa yang ada untuk dimasak sebagai kudapan pagi....hari ni semua ada kat rumah....ajwad takda paper hari ni....next week pula last critical subject, chemistry and another english subject EST....pas tu 'abang' boleh yak! yak! ye!....sementara menunggu result keluar bulan mac nanti...bolehlah jadi buddy mama hantar adik-adik kesekolah dan tukang bawa bibi ke pasar....hehe...

berbalik kepada cerita sarapan tadi....ternampak pastry ni yang baru saya beli dari cold storage dua hari lalu....nak buat apa ye dengan puff pastry ni, baru hari tu buat seafood pastry....jengah ke wet kitchen dan ternampak ada dua tin ikan sardin yang sedap tu....oklah boleh buat sardin puff...
selain tu saya goreng cucur lemak manis instant adabi...dah lama saya beli tepung ni dari tesco, pagi ni baru maid tunjukkan pada saya..."bu, ni udah lama...nak buat apa ni bu"
terus saya bancuh dan goreng....senang sangat...hanya campur air dan kacau sebati...

Thursday, December 2, 2010

donut keledek (sweet potato doughnut)

donat keledek atau donat keria....atau kueh gelang....macam-macam nama kita boleh panggil kueh ni....tapi hari ni saya buat kueh gelang yang lain sikit.....selalunya kueh gelang saya campurkan dengan tepung gandum biasa, tapi kali ni saya campurkan dengan self-raising flour, rationya 2:1 (mix 2 bahagian keledek yang telah dihancurkan dengan 1 bahagian tepung naik sendiri) dan sedikit garam, uli hingga sebati....bentukkan seperti diatas dan goreng seperti biasa.

gulanya pula saya guna gula caster mix dengan sedikit cinnamon powder....bukan seperti kueh gelang yang di sira dengan gula....jika dimakan panas-panas memang sedap....ia ringan dan gebu, betul-betul seperti makan donat....tambah pula dengan aroma kulit kayu manis...



Wednesday, December 1, 2010

home-made beef burger

home-made burger terbaik berbanding burger yang dijual di supermarket. kurang lemak dan lebih healthy...bukannya susah nak buat burger...untuk resepi dibawah ni saya guna daging lembu kisar tanpa lemak...memang agak mahal tapi ia adalah yang terbaik. memang sedap home-made burger...kita boleh mix apa saja ingredients yang kita suka...
ingredients
600g ground beef
1 can spinach
1 cup breadcrumb
1 cup chopped large onion
1 cup chopped bell pepper
2 tsp dijon mustard
1/2 cup grated mozarella cheese
salt and pepper to taste
mix all ingredients....form the mixture into patties
masak atas grill hingga kekuningan kedua-dua belah burger, i.e. 5 to 10 minutes each side, kemudian masukkan kedalam oven dan grill selama 10 minit lagi pada suhu 210C...letakkan sekeping cheese atas setiap burger dan grill lagi 2 minit....